" Sekarang ini cepat sangat masa berlalu "
" Zaman sekarang ini, pantas sangat masa "
Daripada Anas bin Malik r.a. : Rasulullah saw. bersabda ; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
[HR : Tirmidzi]
Bukanlah masa itu yang semakin pantas tetapi gugurnya keberkatan daripada empunya masa. Mengapa dan bagaimana?
Okay, jum sama-sama bayangkan. Antara percutian 3 hari dua malam di Pulau Langkawi dan Kem Motivasi/Agama, yang mana satu agaknya masa akan berlalu dengan pantas? :) Bukan nak kata Kem itu penuh keberkatan dan Percutian itu penuh ke'lagha'an. Keduanya juga subjektif yang bergantung kepada bagaimana seseorang itu memanfaatkan keduanya. Cuma jika lihat pada aspek saya insan biasa yang naik turun imannya.
Tadi baru sahaja berakhir kelas terakhir untuk semester terakhir buat tahun terakhir. Pada mulanya saya juga rasa " Cepatnya masa. Tak terasa sudah 4 tahun ! " Lalu saya terfikir semula. Ya, akan jadi cepat. Sekiranya saya cuba melupakan segala usaha penat lelah susah payah derita merana yang sudah dilalui. Tetapi sekiranya setiap kesakitan itu ditukar menjadi pengajaran dan disusun atur dengan indah dalam kotak memori, nah ! Bukankah terasa 4 tahun itu terisi dengan saratnya?
Memori indah usah dikata. Sudah siap siaga disusun rapi. Ya, tiada yang pantas pada masa itu melainkan sarat dengan keindahan dan kesusahan yang mana keduanya menjadikan saya hari ini. Pada keduanya ada keberkatan. Terselit hikmah yang mana menunggu untuk dihayati diri sendiri.
Masih rasa masa pantas berlalu? Cuba perhatikan dan fikirkan. Setiap yang bergerak di sekeliling. Pasti ada sebab mengapa Allah ciptakan pancaindera manusia itu boleh berfungsi dalam masa yang sama.
Saya juga masih sedang belajar tentang kehidupan. Sama-sama saling mendoakan ya :)
a moment to remember :) |
No comments:
Post a Comment