Sunday, October 11, 2015

Selamat Datang Ke Alam Pekerjaan.

"Kalau boleh Ummi nak Farhah duduk Manjung, kerja di sini dahulu "

        Permintaan Ummi itu sudah sedia dijangka. 5 tahun berjarak dan kini diri sudah berusia 23 tahun. Memikirkan kurangnya peluang dalam bidang Pemakanan di kawasan sendiri membuatkan diri mengalah. Tak mengapa, kerja sahaja dalam bidang apa sekalipun buat mencari pengalaman di alam pekerjaan sementara waktu.

         Seperti yang diketahui, memegang segulung ijazah lebih kepada kemahiran berfikir dan intelektual jika dibandingkan dengan kemahiran membuat sesuatu secara praktikal. Hal ini terbukti ketika saya mula bekerja.

           Oh ya, saya bekerja sebagai pembantu di sebuah Farmasi berdekatan (Sekurang-kurang masih dalam bidang kesihatan). Tahu tak apa tugas pertama saya di farmasi itu pada hari pertama? Mop lantai :)

           Saya benar-benar tanamkan diri untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan hikmah yang ada. Tugasan saya pelbagai bermula dari mop lantai, terima stok ubatan, masukkan data 'invoice', tag harga barang, periksa stok dan melayan pelanggan. Tahu apa yang lebih istimewa? Saya mempunyai 4 bos (sepasang suami isteri dan ibu ayah bos lelaki) dan 4 rakan sekerja. Seorang bekas jururawat (Mrs Thor), Ms Ling, Tiha (lepasan SPM) dan sahabat saya, Shuhada. Istimewanya setiap dari mereka, kami buat setiap tugas bersama dari mop lantai sehinggalah melayan pelanggan. Saya sudah mula dibenarkan melayan pelanggan kebiasaannya untuk penyakit biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit gigi dan sebagainya. Saya diajar jenis-jenis ubat yang sesuai dan kekerapan makan. Selain itu, saya juga melayan pelanggan untuk membeli jenis supplemen yang sesuai (bekerja di farmasi tidak dapat elaklah). Ia menjadi satu kepuasan yang sangat untuk setiap kali berjaya menunaikan permintaan pelanggan. Pengalaman bersama pelanggan? Saya ceritakan dalam entri yang lain.

          Ketika saya 'tag' harga barang, saya terfikir bagaimana untuk menjadikan kerja ini bermanfaat? Entah dari mana lintasan, bukankah sekarang saya sedang mudahkan urusan orang yang mencari kesembuhan dalam penyakit? Niatkan buat permudahkan urusan orang lain maka jadilah ia benih kebaikan buat kita. bersungguhlah kerana Allah sukakan hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam kebaikan. Jihad itu kan bersungguh-sungguh :)


Baru bermula.

Doakan saya.

:)

      

4 comments:

  1. Yeayy new entry from Farhahhh XD

    Alhamdulillah Farhah dapat belajar sesuatu.
    Betul juga kan? Dalam setiap apa yang kita buat, jangan lupa cari hikmah Allah yang tersembunyi..

    Do share about other things as well especially about the customers~ I would love to hear more~

    InsyaAllah I can gain something even though only through reading hee~

    -MusTheUnemployedPerson-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mus. Tentang pelanggan macam2 mus. Tak cukup satu entry :D

      Delete
  2. All the best kak ! Doakan saya jugakkk huu ^^

    ReplyDelete