Friday, July 7, 2017

Menghidupkan Hati Yang Mati

Tiada cara yang lebih baik melainkan kembali pada Tuhan sebelum kita kembali..

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan,
Syarat bahagia di dunia,
Akhirat kekal selamanya pada Allah.

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia,
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia,
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri,
Sudah sunnah ketetapan Ilahi.

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka,
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya,
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi,
Tiada sudahnya dunia yang dicari.

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda,
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa,
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai,
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi,
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan,
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama.

Allah...

*fatamorgana oleh Hijjaz

Sunday, February 21, 2016

Cemburu !

Siapa pula yang sedang dicemburui?

Dia,
Yang tekun berusaha,
Dia,
Yang taat melaksana kewajipan hamba,
Dia,
Yang selalu mengejar sunnah,
Dia,
Yang tidak jemu belajar,
Dia,
Yang sentiasa senyum dalam ujian,
Dia,
Yang selalu bersyukur dalam nikmat,
Dia,
Yang selalu menangis dalam taubat.

Dia,
Hamba TUHAN,
Yang dicemburukan !

Semoga Allah beri kita kekuatan,
Menjadi hamba Tuhan,
Yang sebenar-benarnya.

Friday, February 12, 2016

Taubat, Aku rindu !


Dalam hidup kita tak mungkin lari dari salah silap bukan? 

Sifat iman yang turun naik, dosa-dosa kecil yang ditaburkan tanpa disedari kelak perlahan-lahan memakan diri. Seperti anai-anai yang dalam diam memakan kayu, cukup masa runtuhlah sosok binaan. 

A : Awak dah hafal surah Al-mursalat?
B : Sudah. 
A : Awak pernah baca terjemahan dia? 
B : Ya, tahu terjemahannya.  
A : Bacalah tafsirnya. bila saya rasa iman saya turun, saya akan baca tafsirnya berulang-ulang. 
B : ......

Kalau nak mudah, boleh google sahaja tafsir mana-mana surah yang anda suka, boleh pilih jenis tafsir (AlAzhar, Ibnu Kathir etc) dan biarkan dalam telefon bimbit. Bila sahaja lapang, boleh buka dan baca berulang kali. Semoga Allah buka hikmah buat memahami ilmuNya yang luas.

Kerana kadang-kala, hati itu perlukan peringatan yang keras.

Sunday, October 11, 2015

Selamat Datang Ke Alam Pekerjaan.

"Kalau boleh Ummi nak Farhah duduk Manjung, kerja di sini dahulu "

        Permintaan Ummi itu sudah sedia dijangka. 5 tahun berjarak dan kini diri sudah berusia 23 tahun. Memikirkan kurangnya peluang dalam bidang Pemakanan di kawasan sendiri membuatkan diri mengalah. Tak mengapa, kerja sahaja dalam bidang apa sekalipun buat mencari pengalaman di alam pekerjaan sementara waktu.

         Seperti yang diketahui, memegang segulung ijazah lebih kepada kemahiran berfikir dan intelektual jika dibandingkan dengan kemahiran membuat sesuatu secara praktikal. Hal ini terbukti ketika saya mula bekerja.

           Oh ya, saya bekerja sebagai pembantu di sebuah Farmasi berdekatan (Sekurang-kurang masih dalam bidang kesihatan). Tahu tak apa tugas pertama saya di farmasi itu pada hari pertama? Mop lantai :)

           Saya benar-benar tanamkan diri untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan hikmah yang ada. Tugasan saya pelbagai bermula dari mop lantai, terima stok ubatan, masukkan data 'invoice', tag harga barang, periksa stok dan melayan pelanggan. Tahu apa yang lebih istimewa? Saya mempunyai 4 bos (sepasang suami isteri dan ibu ayah bos lelaki) dan 4 rakan sekerja. Seorang bekas jururawat (Mrs Thor), Ms Ling, Tiha (lepasan SPM) dan sahabat saya, Shuhada. Istimewanya setiap dari mereka, kami buat setiap tugas bersama dari mop lantai sehinggalah melayan pelanggan. Saya sudah mula dibenarkan melayan pelanggan kebiasaannya untuk penyakit biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit gigi dan sebagainya. Saya diajar jenis-jenis ubat yang sesuai dan kekerapan makan. Selain itu, saya juga melayan pelanggan untuk membeli jenis supplemen yang sesuai (bekerja di farmasi tidak dapat elaklah). Ia menjadi satu kepuasan yang sangat untuk setiap kali berjaya menunaikan permintaan pelanggan. Pengalaman bersama pelanggan? Saya ceritakan dalam entri yang lain.

          Ketika saya 'tag' harga barang, saya terfikir bagaimana untuk menjadikan kerja ini bermanfaat? Entah dari mana lintasan, bukankah sekarang saya sedang mudahkan urusan orang yang mencari kesembuhan dalam penyakit? Niatkan buat permudahkan urusan orang lain maka jadilah ia benih kebaikan buat kita. bersungguhlah kerana Allah sukakan hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam kebaikan. Jihad itu kan bersungguh-sungguh :)


Baru bermula.

Doakan saya.

:)

      

Wednesday, July 1, 2015

Allah, jauhkan aku dari kesibukan yang merugikan.

" Awak tahu, ujian ketika Ramadhan ini, kesibukan yang saya rasa, mungkin ini jalan yang Allah beri supaya saya lebih dekat dengan Dia. " kata diluah pengubat hati.
" Kadang-kadang, bila kita sibuk, waktu tu baru kita manfaatkan betul setiap masa kita. Bila kita nak selesaikan tugas akademik, bila kita nak fokus ibadah khusus kita untuk Allah. Ibadah kita lebih berkualiti daripada waktu kita banyak masa." tambah seorang sahabat.
        Menjadi pelajar tahun akhir, pelbagai 'dateline' yang perlu dikejar. Namun diri juga tidak mahu terlepas menikmati bulan Ramadhan. Pesta ibadah juga pesta pahala. Namun mustahil hati itu mampu tenang memikirkan kerja yang sentiasa menanti. Sehingga terdetik, betul tidak awlawiyyat diri. 

Wednesday, June 24, 2015

Santai : I won't get marry.


          " Nasib baik i tak single kan. Kalau tak susah i nak ke mana-mana sorang, bawa motor lagi "

            Almaklumlah pakai helmet. Wanita itu tercakap kuat pula. Terdengarlah pada wanita yang dikatakannya. Duduk bersebelahan ketika tunggu lampu isyarat. Disebabkan kedudukan mereka yang sedikit depan maka jelaslah pasangan itu saling memandang dan menjeling ke belakang. Apa salah saya?

Thursday, June 11, 2015

Kita hampir ke situ.


Tribute untuk seorang sahabat.

Sepetang bersama dia. Meluahkan gundah projek tahun akhir. Terasa semakin membahang tekanannya. Selepas beberapa pertolongan aneh yang ‘mengorbankan’ diri, dia datang bilik.