" Awak tahu, ujian ketika Ramadhan ini, kesibukan yang saya rasa, mungkin ini jalan yang Allah beri supaya saya lebih dekat dengan Dia. " kata diluah pengubat hati.
" Kadang-kadang, bila kita sibuk, waktu tu baru kita manfaatkan betul setiap masa kita. Bila kita nak selesaikan tugas akademik, bila kita nak fokus ibadah khusus kita untuk Allah. Ibadah kita lebih berkualiti daripada waktu kita banyak masa." tambah seorang sahabat.Menjadi pelajar tahun akhir, pelbagai 'dateline' yang perlu dikejar. Namun diri juga tidak mahu terlepas menikmati bulan Ramadhan. Pesta ibadah juga pesta pahala. Namun mustahil hati itu mampu tenang memikirkan kerja yang sentiasa menanti. Sehingga terdetik, betul tidak awlawiyyat diri.
Adik-adik kesayangan merantau menuntut ilmu. Ada saja kisah dikongsikan di 'group whatsapp'. Terhibur melihat telatah masing-masing. Kagum dengan kesungguhan mereka mengorbankan Ramadhan bersama keluarga dek tuntutan mempelajari ilmu agama.
" Pesan abi, dengan istighfar setiap kesusahan ada kesenangan. Setiap kesempitan ada kelapangan. Dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. "
" Sesiapa yang melazami istighfar, Allah janjikan setiap kesusahan ada kesenangan dari sumber yang tidak disangka-sangka " tambah seorang adik lagi.Tika itu terasa dalam hati. Jiwa tidak tenang. Sibuk mengejar 'dateline' tahun akhir. Sibuk juga mengejar mutabaah yang digariskan sempena Ramadhan. Hakikatnya hati itu bersedih. Gusar memikirkan nasib thesis. Hatta kadangkala terganggu ketika beribadah !
Baru tersedar. Diri kurang istighfar. Istighfar yang benar-benar dari hati. Mengharapkan keampunan Ilahi. Seharian mengadu nasib. Mohon ya Tuhan bawa pergi resah ini. Benarkan diri beribadah dengan tenang tanpa menzalimi awlawiyyat diri. Terimalah ibadah hambaMu yang sedikit ini.
Aneh. Benar kata abi. Kuasa istighfar itu besar sekali. Hilang segala gusar lalu hadirlah ketenangan. Nampak kecil namun besar fadhilatnya.
Ya Tuhan, izinkan aku sudahi amanah ini lalu kembali bersamaMu dengan tenang.
Terima kasih sahabat. Terima kasih adik-adik.
:)
No comments:
Post a Comment