Monday, April 20, 2015

Soal Cinta



Cinta.

Sakitnya mencintai,

Lebih parah apabila tidak mampu memiliki,

Tika itu manusia akan menyedari,

Betapa tinggi cinta Ilahi,

Sehingga perjalanan menujuNya,

Perit sekali.


          Puisi ini hadir bersama Novel Di bawah Lindungan Kaabah. Tika mana saya juga turut merasai kesakitan sahabat yang ditolak cintanya. Siapalah kita untuk mengubati melainkan doa dikirim buat kesembuhan hati.

          Ketika itu juga saya terkesan dengan keagungan cinta Hamid buat insan yang dicintai. Bagaimana dia berusaha membahagiakan walau diri derita. Betapa dia menuntut kepada pencipta, penderitaan yang dirasai hanya Allah sahaja yang mampu mengubati. Walau kesakitan menyucuk sehingga hujung nyawa, tidak walau sedikit luntur keimanannya. 

       Mohon dipandu ya Allah. Cinta ini boleh menjadi penyakit yang berat sekali. Andai ia ditakdirkan hadir, pandulah ia dengan jalan yang Engkau redhai.


WallahuAlam.

No comments:

Post a Comment