Wednesday, June 24, 2015

Santai : I won't get marry.


          " Nasib baik i tak single kan. Kalau tak susah i nak ke mana-mana sorang, bawa motor lagi "

            Almaklumlah pakai helmet. Wanita itu tercakap kuat pula. Terdengarlah pada wanita yang dikatakannya. Duduk bersebelahan ketika tunggu lampu isyarat. Disebabkan kedudukan mereka yang sedikit depan maka jelaslah pasangan itu saling memandang dan menjeling ke belakang. Apa salah saya?


          " I'm not single. i'm  just not married yet and I WON'T GET MARRY just because i need someone to take me to somewhere. " saya menjawab tetapi dalam hati saja :)

        Apa perbincangan hari ini sebenarnya? Cuma sedikit cetusan. Dek kerana sebab picisan dijadikan asbab perkahwinan, itulah yang menjadikan ramai anak muda terlalu suka topik perkahwinan. Indahnya perkahwinan itu. Benarkah begitu? :)

        Jangan terlupa untuk meneliti tanggungjawab seorang suami dan isteri. Suami untuk mendidik isteri. Isteri pula sebagai madrasah si kecil kelak. Lalu mengapa terburu? Sabar dahulu. Teringat kakak senior yang membuat persediaan paling kurang menghabiskan buku tarbiyatul aulad cara Nabi Muhammad SAW sebelum berkahwin.

       Berbicara tentang pernikahan itu tidak salah. Keinginan itu juga satu fitrah. Pernikahan awal itu juga baik. Sesuai dengan diri masing-masing. Cuma jika belum mampu atau tiada keizinan, jangan bersedih. Persiapkan dirimu. Allah akan kurniakan nikmat sesuai dengan kemampuan hambaNya apalagi buat hamba yang menjadi kesayanganNya. Mana mungkin Allah menzalimi hambaNya :')

       Dalam menuju pernikahan kita mengimpikan lelaki yang baik juga anak yang taat. Angan-angan dan harapan itu juga beza. Harapan itu disertai dengan doa dan usaha manakala angan-angan itu seperti kata-kata Saidina Ali, angan-angan adalah modal orang yang gagal. Bagaimana mungkin kita mengharapkan buah sedangkan benih yang ditabur tidak dijaga apalagi disirami dan dibajai dengan elok buat tumbuhnya pohon? Semoga kita tidak termasuk dalam golongan manusia yang cuma berangan-angan.

       Ayuh, mulakan tindakan. Mulakan dengan diri sendiri. Jelaskan matlamat, untuk apa diri ini bernikah? Pernikahan yang bagaimana bakal bawa diri ini ke syurga?


No comments:

Post a Comment